Monday, 13 March 2017

PELANCARAN PROGRAM SEMAIAN BENIH-BENIH SYURGA

Kelebihan sedeqah ialah perumpaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai.
pada setiap tangkai ada 100 biji dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia Kehendaki.
Dan Allah Maha Luas KurniaanNya lagi Maha Mengetahui.
Allah amat suka kepada mereka yang suka menginfakkan harta-harta mereka di jalan Allah.

Wednesday, 1 March 2017

AKTIVITI SURAU AN-NUR (SEMENTAS) TAHUN 2017


1. Solat fardhu berjemaah- sepanjang tahun
    Waktu solat:
    Zohor Ting.1 :3.25-3.35
    Asar Ting.1: 4.55-5.05
    Zohor Ting.2 : 4.00-410
    Asar Ting.2: 5.30-5.40

2. Kuliah ringkas/ta'lim/tazkirah mengikut tarikh yang ditetapkan.

3. Solat sunat dhuha -setiap hari sepanjang       tahun

4. Solat sunat hajat PT3 : 28/9/2017
5. Solat sunat hajat spm :26/10/2017
6. Gotong royong 14/1/2017
7. Qiamullail 26-27/06/2017
8. Awal muharam : 22/9/2017
9. Isra' Mikraj : 21/4/2017
10. Nisfu syaaban : 12/5/2017
       Ihya ramadhan
       (a) pelancaran : 26/5/2017
       (b) aktiviti ihya : 13-20/6/2017
       (c) majlis penutup : 21/6/2017

11. Nuzul al-quran : 16/6/2017
12. Idul fitri : 8/7/2017
13. Tadarrus al-quran : 13-20/6/2017
14. Majlis Khatam al-quran : 21/6/2017
15. Khemah ibadah : 7/8/2017
16. Program pemantapan ibadah : 31/3/2017
17. Celik jawi : 
       April - Oktober (2 kali seminggu)

23. Mari mengaji : April - Oktober (2 kali seminggu)

24. Kelas iqra' : April - Oktober (2 kali seminggu)

Tuesday, 12 July 2016

Hari Penilaian Surau

Pegawai penilai yang akan menjalankan tanggungjawab menilai surau An-Nur pada 13/7/2016

1. SITI SABARIAH BINTI SAPUAN (SMK SERI KUNDANG)
2. AINON JARIAH BINTI MOHD SHARIF (SMK BTP)
3. JULIANA BINTI ISMAIL (SMK BUKIT GADING)
4. RUHANIAH BINTI JUSOH (SMK SERI GARING)

Didoakan semoga penilaian akan berjalan lancar dan beroleh kejayaan. InsyaAllah. 

Wednesday, 29 June 2016

Bulan Ihya Ramadan

Sepanjang bulan yang mulia bulan Ramadan, pelbagai program telah diadakan dan berjalan dengan lancar seperti:


1) Tadarus al-Quran







2) Muqaddam Pagi




3) Pertandingan Azan

                 

                                                                                                                                                                


4) Perkongsian Sirah Rasulullah



5) Kempen Kutipan Derma Aman Palestin


 

6) Pertandingan Hafazan


7) Majlis Khatam al-Quran




Wednesday, 22 June 2016

SALAM NUZUL QURAN



NUZUL AL- QURAN


Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat ISlam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut sebagai Nuzul al-Quran. Ia dirakam dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. AL Quran merupakan mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada Nabi saw.

Erti Nuzul al-Quran:


‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Peringatan
  • Al- Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan.
  • AL-Quran tidak menjadi syifa' (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  • Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. 
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.



Thursday, 10 September 2015

IBADAH HAJI

HAJI

Ibadah haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji mulai 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah, untuk mengerjakan Tawaf di sekeliling Kaabah, Sa'i di antara Bukit Safa dan Marwah serta Wukuf di Arafah, dengan menurut syarat-syarat, menunaikan rukun-rukun dan perkara-perkara wajib haji.

Syarat wajib mengerjakan Haji :

1. Islam
2. Berakal
3. Baligh
4. Merdeka
5. Berkuasa (berupaya)

Rukun-rukun Haji

Rukun haji adalah perkara teras yang mesti dilakukan oleh setiap jemaah haji. Sekiranya salah satu rukun ditinggalkan maka ibadah hajinya tidak sah dan wajib diulangi pada tahun yang lain.
 
1. Berniat ihram haji.
2. Wukuf (berhenti) di Arafah, mulai tergelincirnya matahari (Waktu Zuhur) 9 Zulhijjah hingga terbit
    fajar pada 10 Zulhijjah.
3. Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.
4. Sa'i di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali.
5. Bercukur sekurang-kurangnya memotong tiga helai rambut.
6. Tertib bagi sebahagian rukun.

Perkara-perkara Wajib Haji 

Perkara wajib haji jika tertinggal hajinya sah tetapi wajib membayar dam. Antara perkara wajib haji ialah :

1. Ihram di miqat
2. Bermalam di Muzdalifah
3. Melontar Jamratul Aqabah (seperdua malam 10 Zulhijjah, iaitu selepas pukul 12 tengah malam) 
    di Mina
4. Bermalam di Mina (malam hari Tasyrik)
5. Melontar ketiga-tiga jamrah (Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah) pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
6. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang semasa berihram.




Sunday, 2 August 2015

PEMANTAUAN SURAU IMARAH SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015

Selamat datang panel penilai Anugerah Surau Imarah Sekolah Peringkat Negeri Selangor 2015 (3 Ogos 2015)

1. Ustaz Ismail b. Jaafar - Sektor Pendidikan Islam, JPS.
2. Ustaz S. Ardi b. Hanadi - PPD Petaling Utama.
3. Ustazah Wan Nor Afidah bt. Wan Ahmad, SMK Puchong.
4. Ustaz Azman b.Ahmad, SK Kpg Rinching, Hulu Langat.