Thursday, 25 June 2015

PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH SIRI 1/2015

PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH SIRI 1/2015
24 JUN 2015

Program Pemantapan Ibadah Siri 1 telah diadakan pada Hari Rabu, 24 Jun 2015. Kumpulan sasaran ialah semua pelajar Islam Tingkatan 1 dan 2 dengan memberi penekanan terhadap lafaz dan bacaan dalam solat. Guru-guru Pendidikan Islam dengan bantuan semua guru beragama Islam menjalankan penilaian terhadap lafaz niat solat lima waktu, bacaan Al-Fatihah dan bacaan Tahiyyat Akhir. Pelajar yang didapati lemah akan diberi bimbingan tambahan dalam program seterusnya.


Tayangan video 'Cara Berwuduk Yang Betul'




Penilaian bacaan pelajar sedang dijalankan. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada 10-20 orang pelajar dan dikendalikan oleh seorang guru dengan bantuan seorang musyrif surau.