Thursday, 30 July 2015

Amali Sembelihan Ayam

Sesi amali sembelihan ayam telah dijalankan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 pada 28 Julai 2015 dan dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam Tingkatan 5.


Saturday, 25 July 2015

PROGRAM PEMANTAPAN IBADAH SIRI 2/2015

Program Pemantapan Ibadah Siri 2/2015 telah diadakan pada 23 dan 24 Julai 2015, bermula pada pukul 1.10 hingga 3.30 petang. Program ini merupakan susulan daripada program terdahulu dan melibatkan pelajar-pelajar yang masih lemah dalam bacaan-bacaan dalam solat (berdasarkan penilaian semasa program siri 1). Program ini dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam sesi petang dengan bantuan musyrif surau sebagai fasilitator.



Thursday, 23 July 2015

Fadhilat Puasa Sunat Syawal

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun"
(Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal

Lafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal

Thursday, 9 July 2015

Majlis Berbuka Puasa pada 9 Julai 2015


Majlis berbuka puasa SMK Taman Selayang diadakan pada 9 Julai 2015. Aturcara majlis adalah seperti berikut :

  Masa                                  Perkara

 5.30 ptg                           Pendaftaran

 6.15 ptg                           Bacaan Yasin dan Tahlil

 6.30 ptg                           Persediaan berbuka puasa

 7.45 mlm                         Solat Maghrib, Isya' dan Tarawih

 9.30 mlm                         Bersurai



                           SEMOGA MAJLIS BERJALAN LANCAR

Apa yang baharu di Surau An-Nur?

Projek bidang Teknik & Vokasional

Buat apa itu En Azam?

Kolaborasi: Bersama Kelab Rakan Muda (Daerah Gombak) pada 9 Julai 2015

Memasak bubur lambuk 

Barisan "Chef"(PRS) . Diketuai oleh PK HEM (Ust  Umar)




Dah selesai. Terima kasih kepad AJK Bubur Lambuk




Majlis penutup Ihya' Ramadhan pada 9 Julai 2015

Majlis Khatam Qur'an


Sumbangan kepada peserta Tadarus Al Qur'an



Sumbangan  "Duit  Hari Raya"

Wednesday, 8 July 2015

Pertandingan Hafazan pada 8 Julai 2015

Sesi penilaian Hafazan


Peserta Hafazan sedang khusyuk menghafaz

Tazkirah Ramadhan



RENUNGAN RAMADAN

Bagi orang yang sedang berpuasa pula, mereka diberi kelebihan untuk di makbulkan doa. Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
Tiga doa yang sangat mustajab iaitu,
1. Doa orang yang berpuasa
2. Doa orang yang dizalimi
3. Doa orang yang musafir

Riwayat Bukhari & Ahmad

💓💓💓💓💓💓💓💓💓

 FADILAT RAMADAN

Orang yang berzikir kepada Allah SWT pada bulan Ramadan akan dikurniakan keampunan untuknya. Dan orang yang memohon daripada Allah SWT pada bulan Ramadan ia tidak akan kecewa (yakin ia pasti akan mendapat apa yang dipohonnya)

Hadis Riwayat Imam At - Thabrani dan Al - Baihaqi daripada Umar RA


Tuesday, 7 July 2015

PERTANDINGAN AZAN

Pertandingan Azan 2015

Pertandingan azan telah diadakan pada 6 Julai 2015.

Para peserta menunggu giliran








Peserta-peserta sedang melaungkan azan.


Barisan hakim pertandingan



Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan

Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan
Oleh : Sheikh Tawfique Chowdhury.

Image result for lailatul qadar


Sepuluh malam terakhir adalah malam diturunkannya lailatul qadar, malam penuh berkah lebih baik dari seribu bulan. Lalu bagaimanakan tips atau kiat untuk menghadapi sepuluh malam terakhir penuh berkah tersebut? Berikut adalah tips dari Sheikh Tawfique Chowdhury:


1. Mulailah dengan niat yang bersih dan tulus. Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksimal,
    bersiaplah untuk memaksimalkannya. Jika kau benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada
    waktu!

2. Hari ini, bacalah tafsir surat AlQadr, dan fahami apa yg sesungguhnya terjadi pada malam laylatul
    qadr. Kau akan merasakan keagungan dan kekuatannya In syaa Allaah.

3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10
    malam terakhir seharusnya jadi targetmu. Bangunlah setiap malamnya. Jangan sampai laylatul   
    qadr terlewati begitu saja.

4. Jangan ikut-ikutan dengan perayaan-perayaan atau kegiatan-kegiatan yang diada-adakan (bid'ah)
    oleh kelompok-kelompok tertentu. Ikutilah sunnah nabi shalallaahu 'alayhi wasallam. Panduan
    baginda adalah : "Barangsiapa yang berjaga (tidak tidur) dan berdoa pada malam laylatul qadr
    dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni."

5. Hafalkan doa malam laylatul qadr yang diajarkan Rasulullaah shalallaahu 'alayhi wasallam ini : 
    "Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu'anni" (Ya Allah, engkau maha pengampun
     dan menyukai pengampunan, maka ampunilah aku).

6. Siapkan daftar pendek doa doa untuk dipanjatkan. Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa
    bagi seorang hamba. Malam Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa doa terbaik untuk
    agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. Jangan lupakan saudara-saudaramu muslimin yang
    tengah kesusahan di berbagai belahan dunia.

7. Sempatkan tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang 
    dan tidurlah segera setelah isha dan tarawih sekedar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah
    untuk beribadah.

8. Jangan lupakan keluargamu! Rasulullah membangunkan para isterinya pada malam-malam ini.
    Anak-anak pun bisa diajak beribadah untuk beberapa saat, walau mungkin tidak selama orang
    dewasa. Siapkan, semangati dan motivasi mereka!

9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian
    yang bagus dan wewangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

10. Pilihlah tempat khusus yang kondusif untuk beribadah, apakah itu di masjid atau di rumah. 
    Letakkan sajadah, mushaf dan air minum sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu
    minum.

11.Ini BUKAN malam untuk pasang status (misalnya : "Alhamdulillaah, nikmatnya bermunajat
    kepadaNYA malam ini" dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu jadi rahsia indah antara 
    hamba dengan Rabbnya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. Putuskan dulu hubungan
    dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan al-'Afuww!

12. Jika mengantuk, maka variasikan bentuk ibadah antara shalat, bermunajat dan membaca Qur'an.
     Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau
     kalau sangat mengantuk, dengarkan sebentar saja untuk mengusir rasa mengantuk.

13. Sabar adalah kuncinya. 10 malam terakhir mungkin akan sangat melelahkan. Anda mungkin
     masih harus bekerja atau bersekolah. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kelelahan itu.
     Ingatlah Allah telah menganugerahimu dengan kesempatan berharga (akan luasnya keampunan)
     yang mungkin saja tidak datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika  
     kita tahu pasti bahwa ini adalah ramadhan terakhir kita dan syurga hanya selangkah lagi?

14. Ini yang paling penting : Husnudzhon (bersangka baik) lah kepada Allah. Ketika bermunajat,
     ingatlah kau sedang meminta pada Raja Yang Maha Pemurah. Jika kau berharap yang terbaik,
     Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu
     di hadapanNYA. Jangan biarkan keraguan dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Arrahman
     Arrahiim.

     Allahumma ballighna layl atal qadr.

(Diterjemahkan oleh : Ust Hilman Rosyad, Lc)