Tuesday, 12 July 2016

Hari Penilaian Surau

Pegawai penilai yang akan menjalankan tanggungjawab menilai surau An-Nur pada 13/7/2016

1. SITI SABARIAH BINTI SAPUAN (SMK SERI KUNDANG)
2. AINON JARIAH BINTI MOHD SHARIF (SMK BTP)
3. JULIANA BINTI ISMAIL (SMK BUKIT GADING)
4. RUHANIAH BINTI JUSOH (SMK SERI GARING)

Didoakan semoga penilaian akan berjalan lancar dan beroleh kejayaan. InsyaAllah. 

Wednesday, 29 June 2016

Bulan Ihya Ramadan

Sepanjang bulan yang mulia bulan Ramadan, pelbagai program telah diadakan dan berjalan dengan lancar seperti:


1) Tadarus al-Quran







2) Muqaddam Pagi




3) Pertandingan Azan

                 

                                                                                                                                                                


4) Perkongsian Sirah Rasulullah



5) Kempen Kutipan Derma Aman Palestin


 

6) Pertandingan Hafazan


7) Majlis Khatam al-Quran




Wednesday, 22 June 2016

SALAM NUZUL QURAN



NUZUL AL- QURAN


Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat ISlam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut sebagai Nuzul al-Quran. Ia dirakam dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud:

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. AL Quran merupakan mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada Nabi saw.

Erti Nuzul al-Quran:


‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Peringatan
  • Al- Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan.
  • AL-Quran tidak menjadi syifa' (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  • Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. 
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.